Cara membuat blog posting perlu ada rangka dan strukturnya supaya pelawat yang melayari blog kita mudah untuk membaca isi kandungan artikel yang hendak disampaikan. Selain itu ia memainkan peranan untuk Google menilai kemesraan blog terhadap pelawat dan memberi markah agar blog yang mesra ini berada pada tahap ranking yang terbaik di Google Search.
Title
Setiap artikel yang dikarang perlulah mempunyai Title atau Tajuk yang
berkaitan dengan artikel tersebut.
Ada beberapa cara untuk menetapkan Title itu sendiri :-
- Mengikut pengalaman kita tentang artikel tersebut untuk dirumuskan kepada satu tajuk besar.
- Lakukan carian di Google Search apakah keyword yang pelawat cari.
-
Gunakan tools seperti Keyword Planner di Google Ads atau
neilpatel.com/ubersuggest/
Kandungan Artikel
Setiap posting dikarang perlulah mengandungi kandungan artikel yang mengikut
susunan bagi memudahkan pembacaan dan praktikal dilakukan dengan teratur untuk
artikel jenis panduan.
Artikel perlulah disusun seperti :-
- Title (Tajuk)
- Senarai Isi Kandungan
- Heading (Penggunaan H2)
- Subheading (Penggunaan H3)
- Penutup
Labels
Labels di dalam Blogger dan Tags di dalam WordPress adalah rangkaian Keyword
yang berkaitan dengan artikel tersebut. Ia memberi tambahan kepada Keyword
atau Title kedua artikel tersebut sebagai sokongan yang berkaitan apabila
carian di Google Search oleh pelawat dilakukan.
Pastikan hanya Keyword penting sahaja dan tidak meletakkan terlalu banyak
Keyword di Labes kerana ia boleh diletakkan artikel kita sebagai SPAM oleh
pihak Google. Tindakan ini seakan memaksa artikel untuk masuk di Google Search
dengan Keyword yang terlalu banyak.
Ibarat sebuah botol yang bersaiz 500ml tetapi dipaksa memasukkan air lebih daripada 500ml dan akhirnya botol itu terbalik dan tumpah isipadu airnya.
Published On
Published On adalah tetapan tarikh artikel yang dikarang. Ia boleh diletakkan
pada tarikh terkini atau tarikh beberapa hari sebelum atau tarikh yang akan
datang untuk posting berjadual.
Permalink
Permalink adalah URL blog artikel kita. Ia boleh direka secara automatik
ataupun kita boleh melakukkan secara manual untuk mendapatkan URL yang ringkas
dan menepati SEO dengan Title artikel.
Location
Location di Blogger adalah sesuai untuk artikel yang berkaitan dengan lokasi
contohnya kedai makan, tempat menarik, tempat berniaga yang memerlukan
pelanggan untuk hadir.
Ruangan ini tidaklah penting sangat. Ia boleh diisi atau ditinggalkan. Tidak
mendatangkan apa-apa masalah pada Blog Posting kita.
Option Reader Comments
Option Reader Comments adalah untuk kita membenarkan Blog Posting itu dibuka
komen kepada umum ataupun tidak dan membenarkan Google Search untuk Index
ataupun tidak.
Sebaiknya biarkan ia Allow untuk dikomen dan di Index oleh Google Search. Ini menambahkan interaksi pelawat dengan Blog Post dan disukai oleh Google sendiri.
Sebaiknya biarkan ia Allow untuk dikomen dan di Index oleh Google Search. Ini menambahkan interaksi pelawat dengan Blog Post dan disukai oleh Google sendiri.
Custom Robot Tags
Custom Robott Tags adalah digalakkan untuk tanda pada Default. Ia lebih
memberi Blog Posting mesra Google Search ataupun Google Image bagi tujuan
Ranking dan SEO.
Bagi mereka yang baru sahaja dalam dunia Blogging ini mungkin agak berasa
kekok cara membuat blog posting. Apabila sudah biasa melakukan Blog Posting, InsyAllah anda akan dapat
rentak dan memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.
No comments
Post a Comment