Sekitar tahun 2005 ramai pelajar mengambil kesempatan ke atas membina blog
sendiri. Semasa itu pelajar-pelajar ini tidak ketahui akan potensi blog pelajar yang sebenarnya termasuklah saya. Semuanya buat blog sendiri atas
dasar suka-suka dan bertukar-tukar pendapat di komen blog post. Tetapi blog
masa kini telah merubah keadaan sebenar dari suka-suka kepada sesuatu yang
boleh mendatangkan hasil.
Meningkatkan Kemahiran Berkomputer
Melalui penghasilan blog, anda juga dapat meningkatkan kemahiran berkomputer
samada ada memahami software komputer, hardware komputer dan ilmu internet
yang berkaitan.
Ilmu begini perlu diterokai secara dari hari ke hari bagi mengalami
pengalaman sebanyak yang boleh. Sangat berguna ketika masuk dalam alam
pekerjaan. Saya sangat yakin masih ramai lagi yang tidak ketahui ilmu
kemahiran berkomputer walaupun sudah di zaman serba canggih kerana ramai
lebih memiliki telefon bimbit daripada memiliki komputer.
Meningkatkan Kemahiran Berfikir
Penulisan atau mengarang artikel di blog boleh meningkatkan kemahiran
berfikir. Ia tidak tertakluk pada membina ayat semata-mata sahaja tapi lebih
kepada cara penyusunan artikel yang dikarang, gambar yang berkaitan dengan
artikel dan kita perlu mengetahui bagaimana artikel ini menarik untuk bacaan
umum.
Ya, pada mula penglibatan kita dalam dunia penulisan artikel di blog memang
ada sedikit janggal kerana takutkan kritikan orang dan takutkan kesalahan
cara menulis dengan betul. Percayalah setiap yang betul dan setiap yang kita
pandai hari ini adalah bermula daripada kita tidak tahu dan pelajarinya dari
masa ke semasa.
Meningkatkan Kemahiran Bahasa
Sumber : Berita Harian
Zaman sekarang ramai yang menggunakan bahasa singkatan baik dalam penulisan
ataupun percakapan. Tidak kiralah ia dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa
Inggeris.
Melalui penulisan blog ia dapat meningkatkan kemahiran bahasa yang betul.
Ini kerana untuk mengusai blog di Search Engine perlulah menggunakan
perkataan seperti yang terdapat di dalam kamus.
Jika kita sudah terbiasa menggunakan perkataan yang betul, maka tiada
masalah dalam penulisan karangan di sekolah. Ini adalah latihan terbaik
untuk pelajar mengasah bakat atau kemahiran dalam penulisan. Kecekapan kita
dalam penulisan menunjukkan berapa banyak ilmu yang kita ada dalam diri.
Mengisi Masa Lapang
Di sekolah dari dahulu lagi, sudah menerapkan pelajar mengisi masa lapang
yang lebih berkualiti bagi membentuk pemikiran yang kreatif dan inovatif.
Blog adalah salah satu cara mengisi masa lapang pelajar-pelajar pada hari
ini yang ramai kian lupa akan kewujudan dan kebaikannya.
Artikel Ilmu
Sebagai seorang pelajar untuk mengarang artikel blog yang terbaik adalah
berkaitan dengan apa yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti.
Ia bukan sahaja membantu mereka yang mahukan informasi berkaitan dengan
silibus itu tetapi ia melatih sama, proses ulangkaji pembelajaran pelajar
tersebut di dalam penulisan blog. Ibarat sambil menyelam minum air.
Kelebihan Kemahiran
Pelajar yang kerap melakukan penulisan blog boleh memberi kelebihan
kemahiran untuk kerjaya anda pada masa akan datang.
Dalam pekerjaan anda perlu tahu cara komunikasi yang betul, cara penulisan
yang betul, cara mengatur strategi dan plan yang betul. Ianya boleh dilatih
dan dibentuk melalui penulisan blog. Tak ramai yang memperkatakan perkara
ini atas sebab ia tak popular dikalangan kita.
Penulisan blog yang berilmiah boleh membentuk karakter seseorang kepada
lebih berilmu.
Pendapatan Sampingan
Sumber : wolfpress
Penulisan blog yang baik dan memberi manfaat kepada ramai orang boleh
menjana pendapatan sampingan secara tak langsung.
Anda hanya perlu latih diri untuk mengarang artikel yang baik dari masa ke
semasa secara konsisten. Selepas 6 bulan anda boleh mohon pengiklanan di
blog dari Google iaitu Adsense dan pengiklanan-pengiklanan lain untuk jana
pendapatan sampingan.
Fokus utama adalah melakukan penulisan yang baik pada setiap artikel yang
diterbitkan. Secara tak langsung pengiklanan akan berminat dengan isi
kandungan blog anda.
Melatih Pengurusan Masa & Aktiviti
Pengurusan masa dan aktiviti perlulah dilatih dari sebelum masuk ke alam
pekerjaan. Antara cara terbaik untuk latihan tersebut adalah memiliki blog
sendiri.
Melalui penghasilan blog sendiri akan merangsang kita untuk mengurus masa
dan aktiviti yang lebih efisien demi menjadikan blog kita itu disukai
pelawat.
Blog adalah diibaratkan sebagai sebuah rumah. sudah tentu kita inginkan
rumah yang cantik dan ingin mempelawa orang lain untuk kunjung dengan rasa
gembira. Begitulah rupa sebuah blog yang kita hasilkan untuk pelawat datang
dan nikmati isi kandungannya.
Komuniti Berdaya Saing
Samada komuniti itu ramai ataupun tidak sudah tentu kita mahu menjadi
golongan yang terbaik antara yang terbaik.
Contoh mudah untuk faham, sebuah komuniti kelab kereta, sudah pasti
masing-masing mahu menunjukkan kereta mereka yang tercantik dan kereta yang
paling berkuasa demi menjadi yang terbaik serta demi kepuasan diri
sendiri.
Apabila kita sudah mencapai satu tahap di mana, kita sendiri boleh rasakan
ini yang terbaik dan ini perlu penambahbaikan demi menyampaikan isi
kandungan yang bernilai kepada pembaca.
Aset Digital
Kita selalui diberitahu aset adalah seperti emas, rumah, bangunan, tanah
dll.
Tetapi jarang-jarang diberitahu blog adalah aset digital yang boleh capai
nilainya kurang atau lebih baik dari aset fizikal yang dinyatakan tadi.
Sebagai aset fizikal, jika kita mengalami masalah kewangan kita boleh jual
untuk dapatkan kewangan bagi menampung masalah yang dihadapi. Begitulah juga
dengan aset digital, kita boleh jual blog (blog berbayar sahaja) atau jual
slot pengiklanan di blog.
Kita tidak tahu siapakah kita akan datang dan bagaimanakah rezeki kita pada
masa akan datang. Jika blog penulisan kita sangat baik, saya sangat yakin
blog itu sangat bernilai untuk menghasilkan sesuatu pendapatan walaupun
tidak banyak.
Bonus
Inilah Masanya
Ketika masih belajar, biasanya anda tidak mempunyai tanggungjawab yang berat
seperti membayar bil-bil, menjaga pasangan dan anak, perlu fokus pada
kerjaya untuk mencapai KPI syarikat, membayar sewa rumah, membayar loan
kereta dll.
Oleh itu, inilah masanya untuk anda mengarang artikel blog yang terbaik kerana
kurangnya tekanan dalam kehidupan berbanding mereka yang sudah bekerja dan
berkahwin. Tetapi ia bukanlah penghalang kepada sesiapa sahaja yang hendak mulakan
penulisan blog sendiri. Lakukan pengurusan masa dan strategi blog yang betul,
InsyaAllah anda boleh lakukan.
No comments
Post a Comment